Ekologi Islam Sebagai Cabang Amali Kosmologi Islam

Istilah “ekologi” berasal daripada Inggeris “ecology” daripada Yunani οίκος, oikos, bererti rumahtangga dan ahlinya, dan λόγος, logos bererti ilmu, maka bererti “ilmu tadbir rumahtangga,” (household management) dan kini merujuk kepada cabang pengkhususan sains hayat yang mengkaji hubungan saling tindak hidupan dengan alam sekitarnya. Boleh juga dimelayukan istilah ini menjadi “ilmu alamsekitar.” Kalau difikirkan sejenak, alam sekitar, termasuk bumi sekaliannya, adalah “rumahtangga besar”